Kasut Aliph Simbol Lagenda Rockers Se-Malaysia!


Mungkin ada dalam kalangan anak muda masa kini yang tidak tahu tentang kewujudan jenama kasut Aliph ini. Ianya seolah-olah telah menjadi fosil yang tenggelam bersama-sama sejarah dan kegemilangan lampau.

Namun bagi mereka yang pernah melalui fasa zaman Rock Kapak, pasti segar dalam imej ingatan mereka tentang kemasyhuran jenama Aliph ini.


Aliph ialah rangkaian jenama buatan tempatan yang mengeluarkan produk yang berasaskan sukan dan kasual, khususnya kasut. Aliph dikeluarkan oleh syarikat Sime Darby Footwear, memasarkan produk untuk pelbagai lapisan usia iaitu untuk dewasa hinggalah kanak-kanak yang terdiri daripada kelengkapan bersukan, aktiviti harian dan persekolahan.

Kasut Aliph dipasarkan pada pertengahan 1980-an dalam pelbagai reka bentuk, saiz dan model. Namun begitu, yang mendapat sambutan hangat adalah rekabentuk potongan tinggi (hi-cut) dari paras pergelangan kaki.


Pada pertengahan tahun 1980-an juga, industri muzik Malaysia dilanda fenomena rock sekaligus berjaya melonjakkan jenama Aliph ke segenap persada tanah air. Jenama Aliph seringkali digayakan oleh kumpulan muzik rock tanah air yang ketika itu menjadikan seluar potongan sendat sebahagian fesyen wajib buat mereka.

Kasut Aliph dilihat sepadan dengan fesyen mereka sementelah kasut-kasut luar negara lebih mahal.

Lantas, ia menjadi ikutan para peminat muzik rock untuk tampil sedemikian.

Sedutan Filem Rock Oo!

Pada tahun 1987 jenama Aliph telah menaja kasut untuk filem Rozana Cinta ’87, di mana pelakon terkenal ketika itu, Helmi Hussaini dan Erma Fatima dilihat memakai kasut Aliph.

Filem tersebut berkisarkan pergolakan remaja di kota raya yang penuh liku dan pancaroba. Selain filem Rozana Cinta ’87, Aliph turut menaja filem Jejaka Perasan dan Ragam Pemandu.

Berikutan sambutan menggalakkan melalui filem Rozana Cinta ’87 yang memperlihatkan Erma Fatima memakai kasut Aliph, pihak syarikat telah bersepakat untuk mengeluarkan satu lagi jenama khas buat golongan gadis-gadis rockers, Aliph Terri.


Jenama Aliph turut menjadi pengeluar kasut tempatan pertama yang mengeluarkan kasut secara berkolabrasi dengan band rock tempatan iaitu bersama kumpulan Search – sebuah band rock paling gah ketika itu.

Ianya menyamai konsep pemasaran yang pernah digunakan oleh syarikat terkenal dunia seperti Converse (Metallica), Converse (Black Sabbath), Vans (Iron Maiden) dan Vans (Slayer).


Selepas Aliph Search, mereka turut berkolabrasi dengan beberapa band rock tempatan yang lain seperti Lefthanded, SYJ dan MELISA.

Keratan Akhbar Aliph Lefthanded

Aliph Lefthanded Red

Aliph Melisa

Berikut pula merupakan antara kasut Aliph dengan spesifikasi yang berlainan:

Aliph Hi-Cut Rider

Aliph Casual

Aliph Jordan

Aliph Goldsmith

Aliph Jogger

Aliph Troopers

Aliph Tennis

Aliph WhiteShadow

Kegilaan dan pengaruh Aliph di era rock tidak termaktub terhadap jenama kasut dan filem semata-mata. Malahan mereka turut menjadi tunjang untuk menaja banyak konsert-konsert di tanah air.


Jasa dan karisma jenama Aliph dalam mewarnai era rock tanah air memang tidak boleh dipertikaikan lagi. Sebab itulah bagi bekas rockers seluruh Malaysia, Aliph adalah sebuah LAGENDA.

Sumber : Bang Jamil

Anda baru saja membaca artikel yang bertajuk Kasut Aliph Simbol Lagenda Rockers Se-Malaysia!, dalam kategori Informasi. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa like & share ye!
By : Kamithemedia

Kasut Aliph Simbol Lagenda Rockers Se-Malaysia! Kasut Aliph Simbol Lagenda Rockers Se-Malaysia! Reviewed by Unknown on October 18, 2016 Rating: 5

No comments:

Borang Maklumat Hubungan

Name (Required)

Email (Required)

Message (Required)

Powered by Blogger.