Raja Bomoh Kembali, Memalukan Negara Malaysia


Satu ritual di tepi pantai yang dilakukan dengan menggunakan meriam, sebatang kayu yang dijadikan sebagai teropong, buah kelapa dan satu sejadah disamping satu mangkuk air laut.

Kali ini dikatakan 'kononnya' untuk menyelamatkan Malaysia dari kancah serangan nuklear oleh negara komunis, Korea Utara.

Di dalam satu video klip yang berdurasi lebih kurang 3.19 saat, telah dimuat-naik oleh Drama Viral, Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai 'Raja Bomoh Sedunia' telah bersama dengan tiga orang pembantu termasuklah seorang wanita dilihat sedang melakukan upacara menghalau serangan bom nuklear Korea Utara.

Dalam pada itu, Ibrahim juga turut menggunakan barang yang bolehlah dikatakan hampir sama dalam usahanya mengesan pesawat MH370 yang hilang 3 tahun dahulu.

Katanya lagi, 'Upacara' ini adalah untuk melindungi negara Malaysia dari ancaman ataupun serangan dari negara lain terutama Korea Utara.

Tambahnya lagi kononnya 'Upacara' itu juga bertujuan untuk melembutkan hati pemimpin Korea Utara supaya 9 rakyat Malaysia yang masih lagi berada di negara Korea Utara segera dibebaskan dan menyelesaikan situasi yang sekarang semakin tegang.

Namun klip video tersebut terus menerus menerima pelbagai reaksi dan kecaman dari segenap lapisan masyarakat malaysia yang melabelkan perbuatan 'Raja Bomoh' itu sebagai syirik, jahil, khurafat dan bermacam lagi.

'AFIQ QUE' yang dipetik dari laman Youtube berkata, 'Minta tolonglah pihak berwajib bagi sesi kaunseling kat dia (Raja Bomoh) instead of trying nak skodeng orang buat maksiat'.

Manakala seorang lagi pengguna yang bernama Solehuddin Wahab juga turut meminta pihak berwajib (JAKIM) mengambil satu langkah serius dan tidak menganggap kes ini sebagai satu gurauan.

'Ini merupakan isu agama, jika begini agama Islam dilihat dan dinilai di mata orang bukan Islam, adakah ungkapan Islam itu indah sesuai bagi pandangan orang bukan islam?', tulisnya.

Anda baru saja membaca artikel yang bertajuk Raja Bomoh Kembali, Memalukan Negara Malaysia, dalam kategori Isu Terkini. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa like & share ye!
By : Kamithemedia

Raja Bomoh Kembali, Memalukan Negara Malaysia Raja Bomoh Kembali, Memalukan Negara Malaysia Reviewed by Unknown on March 14, 2017 Rating: 5

1 comment:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Borang Maklumat Hubungan

Name (Required)

Email (Required)

Message (Required)

Powered by Blogger.