VIRAL! Wajah Pemandu Cuai Yang Melawan Arus Di Seberang Perai Tengah


Tidak ada maaf untukmu! Itulah ungkapan yang dilontarkan rakyat malaysia pada seorang gadis remaja yang memandu kereta melawan arus trafik, menyebabkan kematian di KM 134 Lebuhraya Utara-Selatan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, pada pagi Selasa.

Kejadian itu menjadi viral dalam media sosial apabila satu video dimuatnaik yang menunjukkan Proton Gen 2 yang dibawa gadis remaja itu sedang melawan arus trafik.

Akibat dari perbuatan gadis tersebut yang melawan arus telah merempuh seorang pekerja kilang, Rosli Mohamad Fandi, 26, dan beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Video yang dimuatnaik itu mendapat kecaman pengguna internet dan selepas itu muncul sekeping gambar pemandu remaja terbabit dengan seorang wanita beserta butiran peribadinya.

Melalui perkongsian Facebook fanpage milik 'Penang Kini', remaja terbabit dikenali sebagai Ng Cindy @ Ng Pei Ven yang berumur 19 tahun, berasal dari Sungai Dua, Butterworth.

Ini antara kecaman yang dilontarkan rakyat malaysia kepada gadis itu:


Yang turut dikongsikan juga adalah beberapa keping gambar Cindy yang bergelar Miss Populariti didalam satu program di Pulau Pinang baru-baru ini.


Pelbagai kecaman dilontarkan netizen termasuklah pemandu terbabit yang dikatakan berada dalam keadaan mabuk sehingga terjadinya kemalangan itu.

Dalam kejadian 7:50 pagi itu, Proton Gen-2 yang dipandu gadis terbabit telah melawan arus dari Sungai Dua dan telah melanggar kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.

Pihak polis percaya remaja berusia 19 tahun itu dalam keadaan mabuk ketika kejadian itu berlaku.

Dalam pada itu, gadis terbabit yang juga seorang model sambilan bakal dihadapkan di Mahkamah Sesyen, Butterworth hari ini.

Anda baru saja membaca artikel yang bertajuk VIRAL! Wajah Pemandu Cuai Yang Melawan Arus Di Seberang Perai Tengah, dalam kategori Isu Terkini. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa like & share ye!
By : Kamithemedia

VIRAL! Wajah Pemandu Cuai Yang Melawan Arus Di Seberang Perai Tengah VIRAL! Wajah Pemandu Cuai Yang Melawan Arus Di Seberang Perai Tengah Reviewed by Unknown on March 15, 2017 Rating: 5

1 comment:

  1. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Borang Maklumat Hubungan

Name (Required)

Email (Required)

Message (Required)

Powered by Blogger.