The Living Legends: Ramos Sari dan Ramles Sari


Final Piala Malaysia 1999. Sarawak 1-2 Brunei. Perlawanan Piala Malaysia yang mencatat sejarah tersendiri di dalam arena bola sepak tempatan. Pertemuan final yg menampilkan dua pasukan dari kepulauan Borneo. Saya masih ingat pada masa itu. Harapan rakyat Malaysia yang tidak ingin melihat piala berprestij itu dirangkul oleh sebuah lagi pasukan jemputan.

Sebelum itu Singapura menjuarainya sebanyak 24 kali. Kejuaraan terakhir adalah pada tahun 1994 sebelum pasukan "The Lions" menarik diri drpd bola sepak Malaysia utk membina liga bola sepak mereka sendiri. Final Piala Malaysia 1999 juga adalah perlawanan terakhir Piala Malaysia di Stadium Merdeka yang pernah menjadi stadium keramat skuad Harimau Malaya pada satu ketika dulu.

Penjaring gol tunggal Sarawak pada masa itu ialah Ramles Sari. Nyatakan sahaja nama "The Sari's Twin" kpd mana-mana peminat bola sepak di Sarawak, pasti akan terbayang kelibat lincah Ramles dan Ramos yang merupakan nadi utama serangan skuad Bujang Senang pada masa itu. Ramles berjersi nombor 6. Ramos berjersi nombor 3. Ramles bermain sebagai sayap kiri. Ramos di sayap kanan.

Kedua-duanya gemar diturunkan serentak di dalam kesebelasan utama. Mudah untuk mereka memberi semangat untuk satu sama lain. Persefahaman yang sudah terbina sejak kecil sering kali mengelirukan pasukan-pasukan besar pada masa itu. Selangor, Pahang, Singapura. Semua pasukan tersebut pernah menjadi mangsa kelincahan pasangan kembar ini.

Dilahirkan pada 6 November 1967. Berasal daripada Sri Aman, Sarawak. Tempat asal usulnya lagenda Bujang Senang iaitu Batang Lupar. Bakat kedua-duanya dikesan oleh pengurusan Sarawak FA yg diterajui oleh Alan Vest melalui pertandingan tempatan pada masa itu.


Ramos bermain bersama pasukan Hilton dan dipanggil utk menyertai sesi uji bakat pada tahun 1991. Debut pertama beliau bersama Sarawak ialah pada tahun 1992. Beliau juga adalah sebahagian drpd pemain utama di dlm skuad kebangsaan yang muncul sebagai naib juara Kejohanan Pesta Bola Merdeka pada tahun 2000. Rekod jaringan 4 gol Ramos ketika membelasah Pahang dlm perlawanan Piala Malaysia 1997 turut kekal sebagai pemain tempatan dgn jaringan terbanyak dlm satu perlawanan sehingga hari ini.

Berbeza dengan kembarnya, Ramles hanya menyertai pasukan Sarawak pada tahun 1996. Sebagaimana kembarnya, bakat beliau dikesan ketika bermain bersama pasukan Holiday Inn di dlm perlawanan tempatan.

Bermain di sebelah kiri, rembatan kaki kirinya yg kencang amat digeruni oleh penjaga gol lawan. Jaringan gol dlm perlawanan akhir Piala Malaysia 1999 pasti akan dikenang oleh beliau sampai bila-bila. Ramles dan Ramos Sari terus bermain dgn pasukan Sarawak sehingga tahun 2006.

Pada hari ini Ramles dan Ramos masih giat di dalam sukan bola sepak. Kedua-duanya masih giat bermain untuk pasukan-pasukan tempatan maupun atas jemputan pasukan-pasukan veteran. Kelincahan, kegigihan dan disiplin ketika di atas padang masih jelas kelihatan walaupun sudah berusia. Ramles turut bertindak sebagai pengurus dan jurulatih untuk Kelab Finexsys yang dimiliki oleh Sean dan Keiron Long.

Pasukan ini adalah ahli gabungan Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching dan turut bertanggungjawab mengetengahkan bakat muda dari Sarawak. Ramles turut membawa pasukan Finexsys utk beraksi di dalam kejohanan tempatan antarabangsa di negara rantau seperti di Phuket International Soccer 7s dan Borneo Football Cup.

Ramos dan Ramles Sari membuktikan satu perkara kepada kita. Untuk menjadi seorang pemain bola sepak, anda perlukan disiplin yang baik di dalam maupun di luar padang, keluarga dan pasukan pengurusan yang profesional.

Sebagai peminat bola sepak tempatan, pasti ramai rindu melihat pemain seperti pasangan kembar ini. Persoalan yg saya sentiasa tanya diri pada hari ini. Bolehkah pasukan Sarawak FA melahirkan lebih ramai Ramos dan Ramles?

Sumber : Gary Hardin Lugard

Anda baru saja membaca artikel yang bertajuk The Living Legends: Ramos Sari dan Ramles Sari, dalam kategori Informasi. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa like & share ye!
By : Kamithemedia

The Living Legends: Ramos Sari dan Ramles Sari The Living Legends: Ramos Sari dan Ramles Sari Reviewed by Unknown on October 13, 2016 Rating: 5

No comments:

Borang Maklumat Hubungan

Name (Required)

Email (Required)

Message (Required)

Powered by Blogger.