10 Fakta Menarik Tentang Marvel Yang Perlu Anda Tahu!
Anjing gergasi milik keluarga diraja Inhuman, Lockjaw telah berkelana untuk mengumpul batu kuasa. Dalam perjalanan dia telah bertemu Throg (katak yang ada kuasa seperti Thor), Ms. Lion, Lockhead,Redwing, Zabu dan Hairball.
Mereka kemudiannya bertarung dengan Thanos yang sedang mengumpul batu kuasa untuk Infinity Gauntlet.
2. Persamaan Daredevil Dan Ninja Turtle
Matt Murdock menjadi buta ketika cuba menyelamatkan seorang lelaki tua yang hampir dilanggar oleh sebuah lori cecair radioaktif dan akhirnya beliau menjadi superhero yang kita kenali sebagai Daredevil.
Tetapi jika kita tanya Kevin Eastman dan Peter Laird pada tahun 1983 mereka membayangkan bahawa lori tersebut terlibat juga dengan kemalangan melibatkan beberapa ekor anak penyu sehingga sisa radioaktif tersebut masuk ke dalam kawasan pembetungan.
Ya, selain Daredevil kemalangan itu turut mewujudkan Ninja Turtle! Tetapi mungkin kerana kedua komik ini dari syarikat penerbitan berlainan maka mereka dilihat seperti tiada kaitan.
Persamaan ketara hanyalah jalan cerita dan musuh mereka seakan sama menentang kumpulan ninja di New York.
3. Kegagalan Michael Jackson Sebagai Spiderman
Pada awal tahun 90an Michael Jackson adalah seorang artis yang cukup popular dan kaya. Dia yang juga peminat tegar komik merancang untuk merealisasikan impian dirinya iaitu berlakon filem Spiderman dan membawa watak Peter Parker.
Pada waktu itu, hubungan Marvel dan Stan Lee berada dalam keadaan tegang. Michael Jackson mendapatkan bantuan Stan Lee untuk membeli Marvel semata-mata untuk berlakon sebagai Spiderman.
Pemilik Marvel meletakkan harga yang tidak masuk akal untuk menghalang niat Michael Jackson untuk membeli Marvel.
Michael Jackson akhirnya akur dan impian untuk berlakon filem Spiderman punah sama sekali.
4. Amalgam, DC Dan Marvel
Amalgam Comics menerbitkan komik hasil usahasama antara Marvel dan DC, Apa yang menariknya adalah semua superhero digabungkan antara kedua syarikat menjadi satu dibawah Amalgam Comics.
Batman telah di kacukkan dengan Wolverine menjadi Dark Claw, begitu juga Superboy yang bergabung dengan Klon Spiderman menjadi Spiderboy dan ramai lagi watak yang digabungkan.
5. Spiderman Bersut Hitam
Idea Spiderman berseragam hitam ini telah direka oleh seorang peminat yang bernama Randy Schueller. Marvel kemudian menghubungi beliau untuk membeli hak Spiderman seragam hitam tersebut.
Harga belian adalah USD220 dan Randy diberi peluang menulis komik pertama Spiderman Hitam tersebut. Komik tersebut gagal, namun dengan 220 dollar tersebut telah melahirkan Venom.
Kini Venom adalah antara watak jahat yang paling digeruni oleh Spiderman dan sangat popular.
6. Cukai Import Rendah
Di Amerika Syarikat cukai import untuk mainan figura aksi yang menyerupai manusia adalah lebih mahal dari yang lain.
Marvel berjaya mengelak cukai tinggi untuk permainan figura aksi mereka atas alasan, X men adalah mutant bukannya manusia! Cool.
7. Superhero Jelmaan Haiwan
Pada tahun 1983, Marvel telah menerbitkan sebuah komik dibawah penerbitan Star Comics. Ianya tentang kehidupan haiwan dan superhero dikalangan mereka.
Maka terciptalah Spider Ham, labah-labah yang bertukar menjadi khinzir tetapi mengekalkan kuasa labah-labahnya.
Pengembaraan Peter Porker menentang kejahatan bersama superhero haiwan yang lain (seperti Captain Americat dan Hulk Bunny), menentamg Ducktor Doom.
Spider Ham juga menjadi watak penting dalam Marvel Zombie, Spider Verse dan Secret Wars dengan menjadi khinzir tunggal di BattleWorld.
8. Kepentingan Pasukan Damage Control
Selesai pertarungan antara Superhero dan SuperVillan, kawasan mereka bertempur pastinya bersepah, banyak kemusnahan dan perlu dibersihkan.
Damage Control adalah syarikat yang dilantik khas untuk membersihkan kawasan yang digunakan oleh superhero usai bertarung.
9. Asal Usul GI Joe Dan Transformers
Pada awal tahun 80an, Hasbro merancang mengeluarkan permainan yang baru. Mereka baru mereka konsep awal permainan tersebut dan menghubungi pihak Marvel untuk bantuan.
Larry Hama ditugaskan oleh Marvel untuk membantu Hasbro membangunkan watak dan jalan cerita yang menarik.
Hama yang ketika itu sedang sibuk dengan projek konsep jalan cerita untuk Nick Fury, telah mendapat idea mengunakan konsep Nick Fury tersebut kepada mainan yang sedang dibangunkan Hasbro. Maka lahirlah apa yang kita kenal hari ni sebagai GI Joe.
Selepas projek itu berjaya, Hasbro muncul lagi dengan konsep permainan yang baharu. Kali ini ianya dari Jepun. Ianya berkonsepkan kereta yang boleh bertukar menjadi robot dan mereka sedang mencari jalan membangunkan watak tersebut agar sesuai dengan selera rakyat Amerika Syarikat.
Bob Budiansky, Jim Shooter dan Danny O’Neil telah diarahkan oleh Marvel untuk datang membantu.
Maka lahirlah watak Optimus Prime, Megatron dan ramai lagi serta konsep jalan cerita yang menarik dan lahirlah Tranformers yang kita kenal hari ini.
10. Kepentingan Paten
Tahukah anda, asalnya Marvel dan DC berkongsi trademark untuk perkataan Superhero?
Beberapa syarikat penerbitan komik dan buku telah disaman oleh kedua syarikat gergasi ini akibat menggunakan perkataan Superhero pada tajuk buku dan komik mereka.
Begitulah pentingnya trademark pada mereka, tiap segala yang mereka buat akan di patenkan agar tidak digunakan orang lain.
Zombie juga pernah Marvel patenkan sebelum melepaskannya dan mepatenkan pula Marvel Zombie.
Marvel telah patenkan nama Captain Marvel tetapi superhero ini jarang kita dengari sehinggalah Carol Danvers datang sebagai Captain Marvel.
Sebelum ni, Marvel buat komik Captain Marvel sekadar nak mengekalkan trademark milik mereka sahaja. Ianya untuk menghalang DC dari menggunakan watak captain Marvel dan akhirnya menukar nama superhero mereka kepada Shazam.
Captain Marvel dan Shazam akan di filemkan tidak lama lagi.
Anda baru saja membaca artikel yang bertajuk 10 Fakta Menarik Tentang Marvel Yang Perlu Anda Tahu!, dalam kategori Informasi. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa like & share ye!
By : Kamithemedia
By : Kamithemedia
10 Fakta Menarik Tentang Marvel Yang Perlu Anda Tahu!
Reviewed by Unknown
on
October 19, 2016
Rating:
No comments: