Panduan Mudah Penjagaan Bayi Baru Lahir
Bagi ibu-ibu yang pertama kali melahirkan anak, penjagaan bayi merupakan satu pengalaman baru yang akan mereka tempuhi. Penjagaan bayi bukanlah satu proses mudah bagi mereka yang pertama kali menghadapinya.
Berikut merupakan panduan mudah penjagaan bayi untuk bakal ibu yang pertama kali menghadapi pengalaman melahirkan bayi.
Memandikan Bayi
Mandikan bayi anda dengan menggunakan air suam. Sebelum memulakan proses memandikan bayi, sediakan terlebih dahulu baju, barut, stoking dan seluar untuk dipakaikan kepada bayi.
Lap Bayi Sehingga Kering
Lapkan bayi anda dengan segera bagi mengelakkan bayi anda kesejukkan usai memandikannya. Gunakan tuala yang tebal, lembut serta menyerap air . Lap bahagian tali pusat bayi dan sapukan ‘alcohol swab’ yang dibekalkan oleh doktor. sapukan ke serata bahagian tali pusat bayi supaya jangkitan kuman dapat dielakkan.
Gunakan Minyak Bayi
Sapukan minyak bayi pada bahagian perut, belakang badan, betis, belakang betis dan tapak kaki bayi untuk memberikan keselesaan kepadanya. Minyak bayi juga baik untuk menghilangkan kembung perut.
Tertib Pemakaian Pakaian Bayi
Pakaikan barut dengan kemas, pastikan ikatan tidak terlalu ketat atau terlalu longgar untuk memberi keselesaan kepada bayi anda. Pilih pakaian dari kain yang lembut dan tidak panas untuk bayi anda. Pastikan anda sentiasa peka terhadap kesihatan kulit bayi, jangan biarkan bayi anda memakai lampin basah terlalu lama bagi mengelakkan masalah ruam di kawasan punggung dan celah kelengkang bayi anda.
Kepentingan Susu Ibu
Pemberian susu ibu adalah amat digalakkan. Menurut pakar, bayi perlu diberikan susu ibu sekurang-kurangnya sehingga mereka berusia 6 bulan. Untuk mengelakkan bayi anda mengalami masalah kembung perut, sendawakan bayi setiap kali selepas mereka menyusu.
Penjagaan bayi yang baru lahir tidak terhad kepada panduan mudah yang diberikan diatas sahaja. Penjagaan bayi juga merangkumi banyak aspek lain seperti penjagaan kulit, penyediaan makanan untuk bayi dan banyak lagi.
Pastikan anda peka terhadap tindakbalas bayi anda, bayi biasanya akan menangis apabila tidak selesa dengan persekitarannya atau kelaparan.
Panduan penjagaan bayi ini bukan saja penting buat para ibu, malah turut penting buat pengetahuan suami anda. Pastikan anda turut berkongsi tips ini bersama suami anda.
Selamat menempuhi dunia baru!
Anda baru saja membaca artikel yang bertajuk Panduan Mudah Penjagaan Bayi Baru Lahir, dalam kategori Tips. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa like & share ye!
By : Kamithemedia
By : Kamithemedia
Panduan Mudah Penjagaan Bayi Baru Lahir
Reviewed by Unknown
on
October 23, 2016
Rating:
No comments: