Raja Leopold II, Kisah Raja Yang Jauh Lebih Kejam Daripada Hitler

Adolf ​Hitler. Nama yang pernah menggoncangkan seluruh dunia. Beliau ditonjolkan sebagai diktator atas kekejaman yang beliau lakukan kepada bangsa Yahudi.

Kisah kekejaman lelaki bernama Adlof Hitler ini menjadi buah mulut dari generasi ke generasi. Malah kisahnya digambarkan sebagai pembantaian atau pembunuhan manusia yang paling teruk dalam sejarah ketamadunan dunia.


Namun, tahukah anda ada kisah kekejaman diktator yang jauh lebih teruk dari yang dilakukan Hitler?

Kisah seorang Raja Belgium yang bernama Raja Leopold II. Beliau telah melakukan pembunuhan kejam terhadap lebih 10 juta manusia yang tidak berdosa di satu kawasan yang kini dikenali sebagai Democratic Republic of Congo. Beliau mengetuai imperialis dari eropah yang berkuasa penuh ke atas benua Afrika pada penghujung kurun ke-19.

Raja Leopold II telah meninggalkan satu legasi yang sangat sadis untuk dikenangkan di benua kaya hasil bumi, Afrika.

Kuku Besi


Bagi memenuhi impian menjadikan negara Belgium sebagai kuasa besar dunia, Raja Leopold mengetuai usaha Eropah yang ingin merompak hasil bumi Afrika melalui syarikat swasta yang diasaskannya sendiri iatu Congo Free State pada tahun 1885 sehingga 1905.

Namun beliau memiliki azam yang lebih besar iaitu untuk menjajah Congo dan menukarkan nama Congo kepada Belgium Congo. Dibawah pemerintahan kejam Raja Leopold II, seramai lebih 10 juta orang bangsa Afrika telah kehilangan nyawa. Eksplotasi dan keganasan yang berlaku tidak wajar dilupakan oleh warga dunia.

Segalanya bermula dengan Leopold mendakwa dirinya adalah seorang dermawan bagi membuka jalan kepada mubaligh Kristian dan kapitalis barat di bumi Congo. Ianya berakhir dengan muslihat kejam untuk melakukan rompakan ke atas bumi bertuah tersebut.

Beliau telah “membeli” Congo dan menjadikan rakyat negara tersebut sebagai hambanya. Sekaligus menukarkan keseluruhan negara tersebut sebagai kilang penghambaan terbesar di Afrika!


Pemerintahannya telah dikukuhkan dengan dasar penghambaan, pembunuhan, penyeksaan oleh tentera peribadi yang diupah Raja Leopold sendiri. Raja Leopold secara dasarnya tidak pernah menjejakkan kakinya selama 23 tahun pemerintahan di Congo.

Namun kekejamannya tidak ada sempadan. 10 juta rakyat Congo dibunuh atau dipaksa bekerja sehingga mati. Tangan pekerja dipotong tanpa sebab oleh tentera peribadi Raja Leopold. Wanita dan anak-anak Congo pula dibiarkan kelaparan dan dirogol tanpa henti.

 Sebahagian rakyat Congo juga telah diculik dan nasib mereka yang telah diculik juga tidak diketahui. Kampung-kampung yang ada juga telah dibakar dan dimusnahkan.

Seorang ayah peribumi Congo hanya mampu merenung potongan kaki dan tangan anak perempuannya

Adam Hoschshild penulis buku King Leopold’s Ghost, mengatakan :

“Sesetengahnya dipukul atau diseksa sehingga mati kerana gagal menghasilkan hasil kerja yang telah ditetapkan. Ada pekerja pula dipaksa bekerja sehingga mati, digajikan dengan gaji yang tersangat rendah atau langsung tidak diberikan gaji, ada yang mati kerana penyakit berjangkit berbahaya. Tentera peribadi Leopold juga telah mencatu makanan serta menghancurkan kampung-kampung sesuka hati mereka.

Hutan belantara  juga telah ditarah habis-habisan. Beratus-ratus mayat telah dicampak kedalam sungai atau tasik. Bukan itu sahaja, ada juga tangan-tangan yang telah dipotong diletakkan di dalam berapa buah bakul dan dibawa oleh pegawai Leopold sebagai bukti sudah berapa ramai orang yang telah dibunuh.”

Tragedi Yang  Kejam dan Dunia yang Menyepi

Menjadi kebiasaan anggota tubuh dipotong sewenangnya oleh tentera Leopold

Kita masih tertanya-tanya kenapa media seolah-olah tidak begitu berminat tentang kisah pembantaian manusia yang dilakukan oleh Raja Leopold. Kenapa namanya langsung tidak dihebahkan sebagai ikon yang mendatangkan ketakutan, kebencian dan kegerunan keseluruh dunia. Raja Leopold bijak dalam memastikan jenayah yang dia telah lakukan tidak akan tercatat oleh mana-mana buku sejarah dunia.

Hoschshild turut mengatakan bahawa selepas era Raja Leopold berakhir, istana atau tempat pemerintahan Leopold’s telah dibakar sehingga 8 hari lamanya. Segala bukti bertulis yang telah direkodkan telah menjadi abu dan asap.

Atau adakah ada agenda yang tersembunyi yang ingin dirahsiakan oleh golongan kapitalis eropah?

Terdapat banyak laman web yang menceritakan tentang pembantaian manusia dalam tamadun dunia, namun cerita atau kisah pembantaian manusia di Congo tidak pernah tersenarai dibawah UN, walaupun dari segi faktanya, pembunuhan yang dilakukan oleh Raja Leopold lebih daripada layak untuk diiktiraf sebagai antara pembantaian atau pembunuhan manusia yang paling kejam pernah terjadi dalam sejarah ketamadunan dunia. Pelik bukan?

Adolf Hitler. Nama yang sangat digeruni. Kekejaman yang beliau dilakukan dicatat di kesemua buku sejarah dunia. Namun selepas artikel ini, kita tahu nama Raja Leopold II juga wajar kita ingati sebagai antara manusia  paling kejam yang pernah wujud di muka bumi ini.

Anda baru saja membaca artikel yang bertajuk Raja Leopold II, Kisah Raja Yang Jauh Lebih Kejam Daripada Hitler, dalam kategori Informasi. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa like & share ye!
By : Kamithemedia

Raja Leopold II, Kisah Raja Yang Jauh Lebih Kejam Daripada Hitler Raja Leopold II, Kisah Raja Yang Jauh Lebih Kejam Daripada Hitler Reviewed by Unknown on November 16, 2016 Rating: 5

No comments:

Borang Maklumat Hubungan

Name (Required)

Email (Required)

Message (Required)

Powered by Blogger.