Tiada Rezeki Shidi Data Di Konsert Minggu Ke-5 GV3


Konsert Minggu Ke-5 di Gegar Vaganza 3 malam tadi bolehlah dikatakan antara konsert mingguan yang sangat sengit dan terhebat. Persembahan para peserta sangat sengit. Masing-masing saling menunjukkan taring dan sengat. Menurut juri terlalu sukar untuk menentukan dan mencari kesilapan dalam persembahan mereka semua.

Turut mendapat markah rendah adalah Ameng Spring. Tapi ada yang menindakkan keputusan juri yang sebenarnya Ameng sepatutnya yang tersingkir minggu ini kerana lupa lirik lagi.

Antara komen-komen dari peminat yang sempat kami rakam:


Tetapi juri profesional Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim tidak mahu komen isu tersebut. Jika sebelum ini Elly Mazlein yang lupa lirik pada 2 minggu yang lepas dan dihentam dengan teruk oleh Datuk Ramli MS.

Walaupun, persembahan Shidi Data tadi bolehlah dikatakan agak bagus juga dengan lagu Ratuku (Awie), malangnya gegaran Shidi Data terhenti di sini. Mungkin tiada rezeki Shidi.

Meskipun, ada anggapan bahawa tiada penyingkiran pada minggu ini, namun itulah realitinya. Shidi terpaksa mengundurkan diri daripada Gegar Vaganza 3 minggu ke-5 ini.

Persembahan Pentas Terbaik Minggu ini dimenangi oleh Azharina dengan membawakan lagu dari kumpulan Shiela On 7 yang berjudul Berhenti Berharap. Persembahan mantap Azharina setiap minggu turut mendapat pujian dari juri. Tahniah Azharina u really deserve it!

Tema untuk minggu hadapan (minggu ke-6) adalah Rock-Dut (Rock/Dangdut)

1. Azharina - Kejoraku Bersatu (Search)
2. Zarul - Fantasia Musim Cinta (E-1)
3. GMie - Titian Perjalanan (XPDC)
4. Intan - Selamat Jalan Romeo (Ramlah Ram)
5. Siti Sarah - Senggol Senggolan Cubit-Cubitan (Mas Idayu)
6. Nora - Rindu (Amelina)
7. Zur Eda - Ah Rindu Lagi (Amelina)
8. Ameng - Gali Lobang Tutup Lobang (Rhoma Irama)

Anda baru saja membaca artikel yang bertajuk Tiada Rezeki Shidi Data Di Konsert Minggu Ke-5 GV3, dalam kategori Hiburan. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa like & share ye!
By : Kamithemedia

Tiada Rezeki Shidi Data Di Konsert Minggu Ke-5 GV3 Tiada Rezeki Shidi Data Di Konsert Minggu Ke-5 GV3 Reviewed by Unknown on November 13, 2016 Rating: 5

No comments:

Borang Maklumat Hubungan

Name (Required)

Email (Required)

Message (Required)

Powered by Blogger.