Tindakan Yang Perlu Dilakukan Seandainya Anak Anda Sawan Demam
Apa itu sawan demam / Fibrile Fits
Ianya terjadi pada anak antara usia bulan 3 hingga 6 tahun akibat suhu badan yang amat tinggi/ atau melebih 40 darjah celsius.
Berlaku antara sehari atau dua selepas bermulanya demam.
Bayi yang dah kena sawan demam mungkin akan mengalaminya lagi pada masa akan datang.
Sawan demam biasanya akan hilang bila anak membesar. Tiada fakta menyatakan anak akan menghidap sawan babi atau epilepsy.
Ciri ciri sawan demam
Tidak sedarkan diri, kekejangan dan penyentakan pada kaki dan tangan, mulut berbuih dan mata hitam memandang keatas. Pada tahap teruk anak akan muntah muntah, terkencing atau terbuang air besar.
Punca
Demam panas tinggi disebabkan jangkitan kuman. Walaubagaimanapun memerlukan pemeriksaan lanjut bagi mengenalpasti punca lain seperti meningitis/encephelitis, kecederaan otak ataupun ketisakseimbangan electrolyte.
Sawan demam biasanya tidak melibatkan selaput otak dan adalah ringan namun ibu bapa disaran mengadakan pemeriksaan lanjutan pada anak khuatir melibatkan meningitis yang amat berbahaya.
Langkah Bila Berlaku.
Tanggalkan semua pakaian si comel dan baringkan anak.
Ini adalah untuk menghalang anak kita tertelan air liur atau muntah yang seterusnya terus ke paru paru si comel.
Pastikan sawan tidak berlanjutan lebih dari 3 ke 5 minit.
Tuam anak guna air paip untuk kurangkan suhu.
Jangan bagi minum air
Bagi ubat demam jenis bontot - suppository
Jangan letak benda keras seperti sudu dalam mulutnya
Jangan halang pergerakan anak ketika sawan.
Jangan cuba sedarkan seperti menampar mukanya.
Bila sawan tamat, terus bawa anak ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pencegahan
Pastikan ada penyukat suhu dekat rumah.
Bila dapati anak demam segera dapatkan rawatan atau beri ubat.
Mandikan anak dengan kerap untuk turunkan suhu, boleh juga tuam. Kalau nak letak lemon terserah anda. Air boleh turunkan suhu.
Nota : Peka keadaan anak jangan leka dengan handphone! Anak tu tak ternilai harganya.
Anda baru saja membaca artikel yang bertajuk Tindakan Yang Perlu Dilakukan Seandainya Anak Anda Sawan Demam, dalam kategori Informasi. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa like & share ye!
By : Kamithemedia
By : Kamithemedia
Tindakan Yang Perlu Dilakukan Seandainya Anak Anda Sawan Demam
Reviewed by Unknown
on
November 01, 2016
Rating:
No comments: