Fakta Tentang Raja Bhumibol Adulyadej Dan Kesinambungan Legasi Monarki Thailand Selepas Ini
Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej merupakan raja yang memegang tampuk kuasa paling lama di dunia. Raja yang disayangi seluruh rakyat Thailand ini diisytiharkan mangkat semalam pada usia 88 tahun di Hospital Siriraj, Bangkok, Thailand.
Ini beberapa fakta penting tentang Raja Bhumibol (disebut ‘PUMIPON’) :
1. Dilahirkan Di Amerika
Raja Bhumibol dilahirkan pada 5 Disember 1927 di Cambridge, Massachusetts, USA. Merupakan anak kedua dari Putera Mahidol yang ketika itu sedang meneruskan pengajian di Universiti Harvard.
Baginda berkahwin dengan Sirikit Kittiyakara pada 28 April 1950 dan dikurniakan empat orang anak (seorang lelaki dan tiga perempuan).
2. Pertabalan Sebagai Raja Thailand
Baginda ditabalkan sebagai Raja Thailand ketika masih berusia 18 tahun selepas kemangkatan kekandanya yang mangkat akibat kecederaan ditembak. Sehingga kini, kes kemangkatan kekandanya masih menjadi misteri.
Raja Bhumibol merupakan raja kesembilan (Rama IX) di dalam susur galur Dinasti Chakri (House Of Chakri), yang telah memerintah bumi Thailand sedari tertubuhnya Kota Bangkok oleh Raja Phutthayotfa Chulalok (Rama 1) pada 1782.
Namun begitu baginda menangguhkan pertabalan beliau sehingga pada tahun 1950 atas sebab ingin menamatkan pengajiannya terlebih dahulu di Switzerland dan pemerintahan Thailand ketika itu dipangku oleh junta tentera.
3. Meminati Muzik Jazz Dan Seni Fotografi
Raja Bhumibol merupakan peminat tegar muzik jazz dan mampu bermain saksofon dengan baik. Beliau juga merupakan komposer lagu dan pernah bermain muzik bersama lagenda Jazz terkemuka dunia termasuklah, Benny Goodman.
Baginda turut meminati seni fotografi dan selalu di lihat bersama kamera kesayangannya.
Siapakah Penyambung Legasi Monarki Thailand?
Berbeza dengan baginda yang dikasihi sekelian rakyat, pengganti baginda iaitu Putera Raja Maha Vajiralongkorn, berusia 64 tahun, telah dipalit berbagai skandal kontroversi dan kemampuannya sebagai pemimpin turut menjadi persoalan.
Antara skandal yang hangat diperkatakan adalah selepas tersebarnya video beliau di laman sosial bersama teman wanita (separuh bogel) di sebuah parti. Video itu telah tersebar pada tahun 2007. Sehingga kini, baginda telah berkahwin sebanyak tiga kali.
Putera Raja Maha Vajiralongkorn juga diketahui rapat dengan pemimpin kontroversi dan juga mantan perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Apa pun yang berlaku, rakyat Thailand pasti bersedih dengan pemergian raja kesayangan mereka dan dengan rendah hati, takziah diucapkan buat sekelian rakyat Thailand.
Sumber : pkpkknlh
Anda baru saja membaca artikel yang bertajuk Fakta Tentang Raja Bhumibol Adulyadej Dan Kesinambungan Legasi Monarki Thailand Selepas Ini, dalam kategori Dunia. Jika anda suka artikel ini, jangan lupa like & share ye!
By : Kamithemedia
By : Kamithemedia
Fakta Tentang Raja Bhumibol Adulyadej Dan Kesinambungan Legasi Monarki Thailand Selepas Ini
Reviewed by Unknown
on
October 14, 2016
Rating:
No comments: